Friday, October 31, 2008

Sememangnya BN untuk rakyat

OLEH KERETABURUK


Sebenarnya BN tidak gagal. Telah banyak kejayaan yang diperlakukan oleh parti UMNO dan BN untuk kesejahteraan rakyat. Mana mungkin, sesudah 50 tahun BN memerintah, menjadi tunjang parti komponen BN mana mungkin parti seusia 50 tahun ini gagal. Terbukti rakyat masih memilih BN menerajui negara. Sememangnya BN untuk rakyat.

1. BN tidak gagal untuk tidak menipu dalam pilihan raya umum dan BN tidak gagal untuk tidak menunaikan menifesto pilihan raya.

2. BN tidak gagal menaikkan harga minyak walaupun ditentang oleh rakyat. Malah BN berjaya mengekalkan harga minyak dalam masa yang agak lama walaupun harga minyak dunia terus turun. Dalam diam BN juga berjaya menukarkan budaya subsidi. BN memperolehi kejayaan yang gemilang, ketika harga minyak dunia turun ke paras 60 dollar setong, rakyat telah pun membelanjakan wang untuk petrol tanpa bantuan subsidi oleh kerajaan.

3. BN tidak gagal untuk menaikkan harga barang di pasaran. BN berjaya, harga ayam, ikan, daging, sayur-sayuran malah kapur barus terus berada dalam likungan harga yang sukar diturunkan.

4. BN tidak gagal dalam usaha menjahanamkan sains dan matematik dalam bahasa melayu ke bahasa inggeris. BN sudah berjaya, dasar menjahanamkan bahasa ibunda diteruskan pada tahun hadapan.

5. BN tidak gagal dalam kerja membazirkan wang rakyat. BN berjaya membelanjakan wang begitu berlagak sekali dengan mengeluarkan RM 2 billion untuk 12 buah helicopter berbanding dengan Brazil dan India yang nyata tidak semampu dengan kerajaan Malaysia dalam membelanja wang untuk membeli helicopter tersebut. Mana boleh challenge.

6. BN tidak gagal untuk meneruskan kempen rasuah dalam pentadbiran kerajaan. BN berjaya, telah ramai pemimpin UMNO/BN serta kroni kaya raya menerusi kempen tersebut.

Terlalu banyak kejayaan-kejayaan dicapai oleh kerajaan BN untuk keselesaan dan kesejahteraan rakyat yang tidak mampu untuk disenaraikan dan tidak mampu umtuk rakyat membalas jasa kerajaan Barisan Nasional. Terlalu banyak bakti yang ditaburkan. Terima kasih Barisan Nasional.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template