Thursday, October 16, 2008

Sanggupkah BN serah kuasa kepada PR



Oleh Tempe_Goreng

Apabila Pak Lah mengumumkan pelan peralihan kuasa baru-baru ini akan berlaku dalam Bulan Mac kita pasti terfikir pelbagai andaian. Andaian yang mengatakan Pak Lah tidak disukai oleh orang dalam Umno sendiri. Andaian yang memang mengatakan Pak Lah tidak mampu mentadbir Negara Malaysia.

Pokok utama sekarang kerajaan pimpinan bejat UMNO dan barisan nasional ni sanggup lakukan apa perkara pun memepertahankan jawatan dan singgahsana semenjak 51 tahun sejak merdeka lagi. Manakan tidak persoalannya sanggup ke para sontoloyo dan pencacai-pencacai BN menerima kekalahan dan berundur dari singgahsana yang semakin usang dek perangai huduh atau pun hodoh mereka selama ini. Tentu malu sementelah Mahathir atau Dr M sendiri sanggup tinggal di luar negara dari duduk di bawah pemerintahan PR terutamanya jika PMnya adalah DSAI nanti.

Lihat di detik 16 sept visi peralihan kuasa ilham dato' seri anwar Ibrahim bari-baru ini mendapar reaksi maklum balas dari pak lah secara dingin dan angkuh. Ini dikira satu usaha murni DSAI memberi rundingan secara aman peralihan hasil lompatan dan peralihan dari pemerintah sekarang kepada pembangkang akan datang. Namun Pak Lah masih ngantuk dan mahu tidur lebih. Nah apa jadi dengan ekonomi dan keadaan dalam negara kita sekarang. Malap, along semakin mengganas, kos semakin hari semakin meningkat, keadilan untuk rakyat diperkotak katikkan, nisbah dan jurang kaya miskin membesar dengan pantas, pemimpin yang ada sudah tidak mampu memerintah hasil tamak dengan tender dan harta dan sebagainya lagi.

Jadi, nak serah ke tidak pemerintahan persekutuan dari BN kepada PR??

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template