Friday, October 31, 2008

Mahkamah Hak Asasi ASEAN

OLEH KERETABURUK


Mahkamah Hak Asasi ASEAN akan ditubuhkan dan di asia tenggara Malaysia salah sebuah negara pengamal akta zalim akan mengkaji semula penggunaan akta ISA. Sebelum ini kerajaan BN bermati matian mempertahankan penggunaan akta zalim tersebut semasa isu penahanan Raja Petra yang lalu. Kerajaan mempertahankan akta tersebut dan menganggap akta tersebut masih sesuai diguna pakai dan dikatakan masih relevan.

Apa yang diperkatakan oleh AG bahawa akta ISA akan dikaji semula menunjukkan keadaan sebenar bahawa kerajaan BN mengakui akta ISA adalah cukup zalim diperlakukan kepada rakyat. Jika akta ISA tersebut sah dan tidak melanggar hak asasi manusia, mengapa kerajaan BN mahu mengkaji semula akta tersebut. Jika begitu tahanan-tahanan yang masih meringkup di dalam kem kemunting sepatutnya di bebaskan lebih awal.

Tidak perlu kerajaan BN menunggu Mahkamah Hak Asasi Asean ditubuhkan kelak baru hendak bertindak. Jelas Mahkamah Hak Asasi ASEAN berlawanan dengan akta purba yang dianggap relevan oleh kerajaan BN dan kerajaan BN patut akur dengan kehendak ASEAN dengan tertubuhnya Mahkamah Hak Asasi ASEAN kelak.

1 comments:

Keretaburuk & Tempe Goreng on November 1, 2008 at 7:27 AM said...

ISA patut diubah dengan mengambil kira prosedur utama iaitu orang yang didakwa bersalah belum boleh dipersalahkan sebelum dibuktikan bersalah. Hak untuk dibicarakan bagi membela diri adalah satu hak yang dijamin sebagai hak-hak asasi manusia kini sementelah malaysia selaku negara yang sudah merdeka kononnya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template