Sunday, October 26, 2008

Kerajaan BN kadang-kadang lembab, sekejap-sekejap tergopoh gapah

OLEH KERETABURUK



Kerajaan Barisan Nasional bukan robot,mereka mempunyai sikap. Mereka ialah manusia yang terpilih dimuka bumi ini. Kerajaan Barisan Nasional kononnya terdiri daripada manusia terpilih ini juga memiliki sikap-sikap buruk manusia. Tetapi sikap-sikap buruk manusia terpilih ini sangat-sangat disukai dan dialu-alukan contohnya dalam proses urusniga kerajaan dan ketika membuat dasar yang menguntungkan wang poket mereka.

Ekoran harga minyak mentah global turun secara mendadak sejak akhir-akhir ini, kerajaan membayangkan akan menurunkan lagi harga runcit petrol dan diesel pada akhir bulan ini. Utusan Malaysia.
Kenapa kerajaan perlu membayangkan dahulu untuk membuat keputusan menurukan harga minyak. 4 JUN yang lalu kenaikan harga minyak sebanyak 78sen tidak pula kerajaan Barisan Nasional mengambil kira prosedur 'membayangkan' dahulu sebelum membuat keputusan. Kerajaan Barisan Nasional sungguh lembab apabila hendak membuat sesuatu keputusan jika keputusan itu melibatkan kerugian duit poket mereka. Jika sebaliknya keputusan yang dibuat oleh kerajaan itu melibatkan keuntungan duit poket mereka dengan cara tidak masuk akal sekalipun kerajaan Barisan Nasional pasti setuju 100% dan mengenepikan serta 100% tidak akan perduli akan rakyat berdasarkan keputusan yang dibuat.

Sebagai contoh keputusan yang dibuat oleh kerajaan yang tidak masuk akal,gila dan gopoh gapah serta gelojoh ialah mengenai pembelian helikopter bagi tujuan mengantikan helekopter buruk nuri. Harga tender yang ditawarkan Eurocopter bagi 10 helikopter itu adalah RM2.317 bilion dan adalah harga yang paling tinggi. Pihak Eurocopter seakan akan memahami sikap kerajaan Barisan Nasional yang tamak, gila, gopoh gapah dan gelojoh dalam membuat keputusan yang melibatkan wang ringgit. Pihak Eurocopter seakan akan memahami sikap kerajaan Barisan Nasional dalam membelanjakan wang rakyat. Oleh demikian, Eurocopter menawarkan harga tender tertinggi dan begitu yakin harga tender yang sebegitu tinggi akan dipersetujui oleh kerajaan Barisan Nasional. Sesungguhnya Eurocopter ini sangat-sangat memahami sikap kerajaan barisan Nasional, jika harga tander itu ditawarkan dengan harga rendah nescaya mereka akan gagal mengaut projek tersebut.

Keputusan-keputusan yang dibuat oleh kerajaan Barisan Nasional dari dulu hingga kini rata-rata langsung tidak mempedulikan rakyat. Kita cuma sampah di mata kerajaan Barisan Nasional. Lihatlah, rakyat seperti sampah diperlakukan oleh kerajaan Barisan Nasionl dengan dasar bahasa inggeris dalam M3 dan sains. Kerajaan membuat keputusan dasar itu secara golojoh dan tamak. Suara rakyat diluar sana yang membantah dasar tersebut diketepikan. Kerajaan membakul sampahkan suara rakyat.

2 comments:

Anonymous said...

test

dasuki_tmc on October 27, 2008 at 10:29 AM said...

"Kerajaan BN kadang-kadang lembab, sekejap-sekejap tergopoh gapah"

bukan tahap kadang-kadang lembab tapi bangang.
tahap menzalimi rakyat sendiri.
lebih tahap syaitan, syaitan pun mengaku makhluk Tuhan, tapi puak haprak umno ini mengaku lebih dari tuhan, hanya parti umno yang layak memerintah malaysia. kan sungguh haprak tahap sayitan umno ni.........

tak menyusahkan rakyat cuma....
cucu orang utan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template