Monday, October 13, 2008

Duit raya sekupang dari BN

Oleh Tempe Goreng

Duit raya sekupang dari BN
Apabila kita menghimbau kembali zaman kanak-kanak menghadapi bulan Ramadhan pasti terkenang pelbagai perkara. Ini termasuk menahan diri dari makan minum sepanjang hari, pakai baju raya yang baru, kuih raya, lemang, rendang, ketupat, mercun bunga api, main meriam dan yang paling penting sekali adalah duit raya.
Duit raya kalau dahulu beri 10 dibungkus dengan 2 atau sebiji gula-gula masih lagi berpuas hati. Tetapi sekarang ini sekurang-kurangnya RM 1. Munngkin jumlahnya semakin bertambah tetapi jika dibuat perbandingan kadar ekonomi sekarang ini RM 1 tetap masih sama dengan RM0.10. Memang betul jikalau tanpa duit seposen belum tentu cukup satu ribu ringgit atau sejuta ringgit.
Dahulu kenaikan adalah 41 peratus dikira kenaikan yang paling tinggi dalam masa 7 tahun dan dalam sejarah kenaikan yang sebelum ini tidak pernah lebih dari 20 sen pun setiap kenaikan. Apa nak buat Pak Lah sudah naik tocang dah hilang Mr Clean. Mr sapu habis ! Kesan berantai ke atas barangan makanan, barangan kawalan dan caj perkhidmatan pun bertambah dengan menggila dan mendadak sekali. Perlu kita nyatakan dan telan dengan pahit beberapa kali negara kita keputusan bekalan makanan termasuk bekalan gula, tepung gandum, beras, ayam dan minyak masak sebelum ini. Sehinggakan perlu menunjukkan kad pengenalan sebelum dibenarkan mendapatkan bekalan tersebut. Ini mewujudkan krisis makanan dan inflasi juga naik dengan mendadak selepas itu. Golongan rakyat kelas pertengahan dan sangat menyedihkan bagi mereka yang berpendapatan rendah, bagaimana mereka menghadapi proses kehidupan sehari-hari dengan kenaikan untuk setiap perkaran berkaitan. Pak Shahrir menteri KDPN HEP dan Pak Lah yang masih memegang Menteri kewangan bercakap mcm sembrono tanpa fikirkan sebetulnya impak kenaikan ke atas rakyat yang kesusahan di bawah.
Harga minyak diturunkan bermula dgn penurunannya sebanyak 15 sen. Beberapa hari selepas raya kerajaan mengumumkan akan diturunkan dan ternyata penurunan hanya sebanyak seposen sahaja. Kesan berantai dan kenaikan ke atas barangan kawalan, barangan-barangan di pasaran dan kos caj untuk perkhidmatan-perkhidmatan turun jugakah? Lempang muka Pak Lah sedas dua pun belum tentu peniaga-peniaga, para orang tengah dan persatuan pengeluar mengambil sikap ingin menurunkan harga. Ini sebab Pak Lah mewarisi sikap sederhana yang terlampau lemahnya, lambatnya, lembabnya dan kecenderungannya menunggu dan menunggu sahaja. Pak Shahrir yang dulu berdegar2 asyik2 kata kita masih antara yang terendah banding Singapura dan seumpamanya. Kalau dulu berjanji kenaikan minyak hanya berlaku pada Oktober 2008 tetapi kenaikan 3 bulan lebih awal. Berjanji penurunan harga minyak sebanyak 30 sen sebelum raya tetapi dapat duti raya sekupang je.
Penurunan 15 sen dan seposen ini sebenarnya masih belum cukup lagi. Ini kerana trend harga minyak waktu ini menunjukkan penurunan yang mendadak dan konsisten menurun. Harga minyak sekarang adalah di bawah 100 USD setong. Tidak berlaku pun kenaikan lagi setakat ini. Kita berhak untuk mendapatkan minyak sekitar harga 2.10sen hingga 2.20sen. Harga minyak 2.45 sen penurunan sebanyak 25 sen dari 2.70sen seliter masih belum menjamin penurunan untuk setiap kenaikan yang berlaku pada hari ini termasuk barangan makanan, kos perkhidmatan dan sebagainya lagi. Menteri Pertanian dan Industri asas Tani memomokkan harga minyak sudah turun jadi tiada lagi kos pengangkutan. Tetapi adakah beliau bercakap sambil lewa dan malas membuat kaji selidik dengan fakta yang tepat. Kenaikan sebelum ini sebanyak 78 sen memang betul-betul beri impak besar. Hinggakan segala-galanya dijimatkan. Termasuk ada antara ibubapa bertukar pengangkutan menghantar anak ke sekolah pun dengan motorsikal walau berhadapan risiko kemalangan lebih besar. Penurunan yang sedikit 25 sen ditagih supaya diturunkan ke harga asal atau rendah lagi. Memang bendul betul.
Para peniaga dan pengusaha sekarang pening kepala dan gusar memikirkan jangka hayat operasi perniagaan mereka juga. Fikirkan kos pengangkutan, sewa yang tinggi dan sebagainya lagi. Jikalau betul turunkan harga minyak ke paras yang asal atau sekufu dengan harga penurunan minyak sekarang. Seposen bukan sepatutnya tetapi lebih dari itu lagi. Ia agak marginal. Itu belum kira lgi paras inflasi dalam Negara sekarang adalah sekitar 8.5 peratus kenaikan tertinggi sejak 27 tahu dahulu. Gabenor Bank Negara, Dr Zeti Akhtar Aziz pun ibarat tikus mondok menyorokkan diri tanpa beri apa-apa komen keadaan ekonomi negara setakat ini. Kebanyakan para pelabur asing juga dilihat cenderung menarik pelaburan mereka dan melabur di Negara-negara Asean yang lain termasuk Vietnam. Vietnam sekarang adalah Harimau Ekonomi kerana kepantasannya membangun dan kadar pertumbuhan ekonominya yang sentiasa ke depan dan bebas dari masalah pergolakan politik dan sebagainya lagi berbanding Thailand.
Kerajaan Bakhil dan kedekut Haji Bakhil memang sampai hati melihat rakyat sengsara dan kelaparan mengikat perut dan gusar memikirkan keperluan harian mencukupi atau tidak. Pak-pak menteri kabinet haprak dan bakhil ini sekadar bersenang-senang di banglo kediaman rasmi yang mewah dan eksekutif.
Sangat-sangat berharap kepada sesiapa yang masih pro dan menyokong UMNO dan BN tetap bagus dan baik berfikir dengan dalam dan jangan butakan hati. Manusia sudah barang tentu tidak lekang dari melakukan kesilapan. Termasuklah Pak Lah yang dulunya clean dan selepas itu sapu habis dan suka tidur. Termasuk juga pemerintah hari ini UMNO dan BN. Kekurangan dan kelemahan yang dapat dilihat dengan jelas pada UMNO dan BN membuktikan hakikat makhluk bernama manusia. Jadi ahli-ahli UMNO dan BN pasrah dan akurlah dengan kuasa rakyat yang memilih dan menjadi penentu.
Terima kasih Pak Lah kerana beri duit raya seposen!
Terima kasih Pak Shahrir tipu kami !
Terima kasih BN parti Barang Naik !!

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template