Thursday, September 11, 2008

umno perkauman vs PKR aspirasi rakyat

Oleh Tempe Goreng

Apakah kita lupa pepatah melayu ada menyebutkan raja yang adil raja yang dituruti manakala raja yang zalim raja yang disanggah. Kita juga harus membaca sejarah dan susur galur hidup orang terdahulu dari kita yang menentang pemimpin atau ketua yang menindas mereka. Lantas apa kaitannya dengan kepimpinan kita pada hari ini. Lihat diluar sana... Lihat air muka dan niat para pemimpin kita. JIkalau para pembaca melihat dan membanding diantara BN dan PR sekarang adalah waktunya. Pembangkang PR memerintah 5 buah negeri termasuk selangor negeri paling maju, Perak negeri yang kaya dengan hasil alam, Pulau Pinang yang juga sebuah negeri maju, Kedah negeri pembekal padi negara dan juga negeri Kelantan sebuah negeri yang diperintah Komponen parti PR iaitu Parti PAS. Saya juga kira WP Kuala Lumpur telah jatuh ke tangan pembangkang sesuai dgn bilangan parlimen yang dimenangi oleh PR adalah lebih banyak. Manakala Pimpinan kerajaan yg dikuasai oleh BN yg didlmnya termasuklah UMNO, MCA, MIC, PPP, GERAKAN, USNO, PBP dan sebagainya lagi. BN ini masih lagi memerintah kerajaan persekutuan disamping kerajaan negeri di Negeri Sembilan,Sabah, Sarawak, Terengganu, Pahang Johor, Melaka, Perlis, WP Labuan dan WP Putrajaya.

Pakatan rakyat sudah semakin hampir untuk memerintah kerajaan persekutuan. Ini adalah kerana rakyat telah pun menunjuk jalan keluar parlimen kepada BN sedari Pilihanraya umum yang lalu. Lihat sahajalah bagaimana nama besar yang boleh dikira otai-otai seperti Sammy Vellu, Rafidah Aziz dan sebagainya tumbang dan kalah begitu teruk selepas dibelasah oleh pengundi-pengundi pada pilihanraya tersebut.

Maka setelah Dato` Seri Anwar Ibrahim dibebaskan dari penjara Sg Buloh atas hukuman dakwaan yg direka-reka sebelum ini oleh Mantan PM Tun Mahathir, beliau telah memastikan langkah yang tersusun menghampiri Putrajaya. Tun Mahathir sendiri dalam siri jelajah ceramahnya mengakui kesilapan dan keegoaannya masa lalu sewaktu ada kuasa begitu susah untuk menerima Anwar Ibrahim yang pada anggapan dan pemerhatian beliau sukar sekali dijinakkan dengan Tender, Wang ataupun perempuan. Beliau mengaku Anwar dituduh liwat atas reka-reka sahaja termasuklah himpunan bukti tilam, percikan darah dan sebagainya. Jadi jelasnya di sini Anwar perlu dicantas supaya budaya politik wang, pecah amanah dan rasuah terus subur dlm Umno mahupun BN. Anwar Ibrahim dalam siri jelajah ceramahnya banyak mengutarakan dan bercakap mengenai isu-isu rakyat dan dekat dengan rakyat. Sesuai dgn kepimpinan Anwar Ibrahim iaitu membela rakyat adalah keutamaan bagi beliau.

Jelas dalam perkara yang melibatkan rakyat terabai begitu teruk sekali di bawah kepimpinan BN yang pincang dan tempang. Apa sudah jadi dgn kampung-kampung melayu yang berserakan di Kuala Lumpur termasuklah Kg Padang Balang, Kg Baru, Kg disekitar kawasan Ampang, Kg disekitar kawasan selayang, Kg disekitar kawasan Lembah Pantai yang kebanyakan statusnya bila-bila masa sahaja akan diambil. Seperti kera di hutan disusukan padahal anak di rumah dibiarkan saja. Kehendak syarikat-syarikat yang pemimpin BN ada kepentingan di dalam Syernya, milik kroni-kroni mereka, Milik anak beranak atau nepotisme dan mendapat bahagian dlm bentuk wang, saham dan sebagainya lebih didahulukan berbanding keperluan rakyat. Sedih apabila setiap kali sesuatu kawasan lot atau pembangunan yang dirancangkan seperti contoh membina apartmen, kondominium juga rumah kedai-rumah kedai adakah rakyat kebanyakan langsung tidak mampu memlikinya. Para peniaga yg kebanyakannya bangsa Cina, Pak arab-pak arab dari Negara Minyak yang kaya juga para pelabur luar negara lah yang membolot kesemuanya. Jadi, rakyat kebanyakan Malaysia sebahagian besar Orang Melayu berniagalah buat gerai tepi jalan atau tepi kedai orang dan terpaksa berhati-hati kerana perlu berlari dan menyorok jika ada penguatkuasa bandaraya muncul. Dan juga apa bangganya duduk di malaysia jika kita pergi kedai atau berjalan-jalan tak menggambarkan Malaysia yang berbilang kaum. Malaysia masih lagi mewarisi dasar pecah dan perintah tinggalan Penceroboh dan penjajah British.

Setakat ini melayu tidak berupaya lagi memiliki kediaman di bandar dalam jumlah peratusan yang besar. Bangsa Cina masih majoriti besar diikuti oleh India. Itu belum lagi rumah kedai-rumah kedai yang kebanyakkannya dimiliki oleh Orang Cina. Jadi Orang Melayu umpama duduk di negeri China sahajalah kan. Orang Umno dan BN buat apa senang-senang kat atas tu ye? tak nak membantu ke dalam memecahkan majoriti dan penguasaan cara hidup ikut bangsa. Pergi kampung boleh lah jumpa banyak rumah melayu tetapi rumah kedai dan perniagaan masih lagi Cina. Kalau pergi di bandar sah-sahlah orang Cina lah buat perniagaan. Orang Melayu duk flat murah mcm sarang merpati duduk diam-diam kalau lapar beli saja kat kedai Cina. Takkanlah UMNO parti dominan dalam BN tak mampu buat keputusan dan merancang mengubah nasib rakyat Melayu di Malaysia ini. Takkan nak menguntungkan orang saja. Kesimpulan yang saya dapat buat hanyalah UMNO tak payahlah beri tongkat cukup sekadar memastikan dan mewajibkan setiap taman-taman perumahan dan rumah kedai-rumah kedai mengandungi melayu, Cina dan India. Multi racial. Berbilang bangsa.

Realitinya kehidupan di Malaysia bukanlah harmoni lagi. Masih banyak kelompangan yang perlu banyak diperbaiki. Antaranya ialah hapuskan label ekonomi mengikut kaum yang masih diamalkan sekarang secara langsung sejak dahulu, hapuskan pemilikan rumah dan kedai mengikut penguasaan kaum yang mana menyebabkan rasa kurang selesa kepada bilangan minoriti atau kecil, hapuskan segala bentuk amalan rasuah, hukum dengan tegas setiap warganegara Malaysia yang memainkan isu perkauman dan budaya hedonisme atau sukakan hiburan mesti dihadkan secara umum bukan khusus untuk melayu islam sahaja tetapi kepada seluruh rakyat Malaysia.

Hidup Malaysia yang betul-betul aman!

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template