Thursday, September 4, 2008

Saya tak bohong

OLEH KERETABURUK


PM Dolah berkokok: "Pihak media tidak harus berasa takut dan tidak harus bersikap apologetik untuk menegakkan kebenaran"
"Ini kerana menegakkan kebenaran adalah satu prinsip yang menjadi asas untuk memastikan berlakunya keadilan,"- Utusan online 04.Sept.2008

Laman web Malaysia kini yang memaparkan berita yang sememangnya benar-benar dan adil telah lebur dijahanamkan oleh kerajaan Dolah. Laman web Malaysia kini berada atas landasan yang betul dan menegakkan kebenaran seperti mana apa yang telah diperkatakan PM Dolah. Tetapi kenapa laman web tersebut dijahanamkan? Hal ini jelas menunjukkan mereka bercakap bohong di akhbar arus perdana dibawah cengkaman mereka tetapi hakikatnya tidak.

Ulang tayang balik apa yang Pak Lah dah berkokok "Ini kerana menegakkan kebenaran adalah satu prinsip yang menjadi asas untuk memastikan berlakunya keadilan," prinsip asas ialah menegakkan keadilan. Ya, media perlu bebas atau sebebas RTM1, TV3 dan Utusan Malaysia?. Kebenaran tidak cukup untuk menterjah permikiran rakyat tetapi kebenaran yang ingin dijelaskan perlu juga sama rata. Bukan kita hendak kata berita mengenai BN di media massa tidak benar, kadang kala ada juga kebenaran di pihaknya tetapi keseimbangan bermedia langsung tidak. Asyik-asyik muka Pak Lah dari muka surat depan hingga muka surat belakang. Bila berkempen untuk pilihanraya di saluran berita mahupun iklan asyik-asyik undi lah Barisan Nasional. Manakala pembangkang langsung tidak diberi peluang. Tidak cukup sekadar kebenaran semata-mata, disini kebebasan bermedia perlu ada. Kerajaan perlu beri peluang sama rata kepada pembangkang. PM Dolah kata media tak perlu rasa takut untuk menegakkan kebenaran. Soal menegakkan kebenaran siapa yang takut sebenarnya? media atau kerajaan BN? Lu Pikir la sendiri!

Kebenaran merupakan satu prinsip asas untuk memastikan berlakunya keadilan bagi PM Dollah hanya angan-angan beliau sahaja. Mustahil kebenaran dan kebebasan dalam media selagi berada di zaman Barisan Nasional. Hanya angan-angan Dolah sahaja seperti mana angan-angan Dolah ketika baru memegang tampuk kuasa di mana beliau ingin menghapuskan rasuah habis-habisan.

2 comments:

keretaburuk on September 4, 2008 at 9:15 PM said...

Saya .....
saya.... kira.... ini tidak bohong. saya ... belum dapat ilham apa-apa lagi. saya.... kira... ini petanda kita dipihak yang tidak salah. Saya kira... darah dna Dato`seri anwar sudah lama... ok noh... cincau..

keretaburuk on September 10, 2008 at 11:10 PM said...

"Pak lah pembohong", Kata DR M.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template