Thursday, September 11, 2008

Rasuah dan polis.




OLEH TEMPE GORENG


selamat pagi datuk...
ala lala tuk
jangan saman!
ala lala tuk
jangan saman!

Itu adalah beberapa patah lagu bahagian korus dalam lagu yang didendangkan oleh penyanyi Poe yang dekat dengan Pasukan polis. Suatu ketika dulu lagu ini memang mencuit hati dan sentiasa diputarkan dicorong-corong radio. Lagu ini memberi penjelasan yang bukan sedikit tapi banyak pengajaran untuk dihayati oleh para pemandu tak kira siapa pun. Namun disuatu sudut lain dari maksud yang tersirat adalah berkaitan dengan polis. Polis?? Ya, polis adalah pasukan uniform yg menjaga ketenteraman awam di dalam negara. Tanpa ada pasukan polis mungkin kucar-kacir ketenteraman awam. Polis trafik misalnya membantu mengawal lalulintas, polis peronda meronda dan memastikan keadaan setempat terkawal, polis hutan atau Pasukan Gerak Am serta UTK menjadi tulang belakang operasi khas dan pantas, Pasukan Polis cawangan khas sentiasa berkawal dalam keadaan bersiap siaga dan penyamaran, Polis FRU pula sinonim dengan mengawal demonstrasi dan rusuhan dan bermacam unit dalam polis.

Tetapi, apa unit polis pun memang tugas mereka menjaga ketenteraman awam dan mempastikan segalanya terkawal dan selamat, Tetapi juga apa pula yang akan berlaku jika polis menjadi pasukan atau tunggak yang seperti harapkan pagar, pagar makan padi. Secara totalnya, walau pun bukan semua polis begitu mudah disogok namun ia telah menjadi gambaran dan imej yang amat dekat ketika ini.

Peristiwa 1.
Saya melalui jalan berdekatan dengan Tesco dan terserempak dengan 2 anggota polis yang menaiki kereta peronda sambil lampu siren dinyalakan bergerak perlahan. Situasi yang tidak memungkinkan sedang mengejar penjenayah atau meminta pemandu dihadapan berhenti.Saya jelas dapat melihat 4 -5 orang Indon tergesa-gesa dan cemas untuk memeruskan perjalanan mereka yang ketika itu berjalan dari arah bertentangan. Tidak disangka setiap seorang dari mereka mengumpulkan Note RM 50 seorang. Tapi apa tujuannya?? Terdetik dalam fikiran saya wang yang dikumpul itu untuk apa. Salah seorang dari mat indon itu memberanikan berjalan terus selepas mengumpul wang dari rakan-rakannya tadi. Pandangan saya terarah kepada situasi dimana kita membuat urusniaga membeli belah seperti lafaz, " Bang, saya beli ye?". Lantas dijawab "Ye, saya jual". Urusniaga terima rasuah atau bayaran wang perlindungan diri. Bermaksud juga Indon itu samaada ada atau tidak pasport tindakan undang-undang sudah terlepas selepas tidak melepaskan peluang dapat duit secara memeras dan haram.



Kalau dulu di atas dada para penjaga ketenteraan awam ini tersemat lencana Saya Anti-Rasuah. Sekarang sudah tukar... Apa sebabnya? Tanyalah Kepada SAC Musa Hassan yg skg dah gah jadi Ketua Polis negara. Dulu dipersoalkan apalah dgn lencana tu kalau diri tu terima rasuah juga.

Kemudian, terdengarlah pula saranan untuk menubuhkan suruhanjaya bebas memantau polis. Kelihatan rakyat dan badan-badan bebas bukan berkaitan kerajaan mempertikaikan cara dan kaedah kerja penjawat awam ini. Tapi Pak Lah menganggap polis tidak perlu suruhanjaya itu suruhanjaya ini. Iye lah polis juga yang kawal rusuhan, demonstrasi sana sini, dakwa dakwi itu ini, tuduh-tuduh, reka dakwaan dan bukti terutamanya seperti dakwaan dikenakan kpd Dato` Seri Anwar Ibrahim 10 tahun yang lampau,terlibat dlm peristiwa mamali dan membunuh seorang ahli agama dan bermacam cerita yg agak kontra dan negatif juga lah apabila didengar.

Kalau nak dikira setiap tahun semakan gaji dan perbelanjaan dlm belanjawan yg dibentangkan setiap tahun mengutamakan manfaat untuk polis. Lebih banyak manfaat itu diberikan kepada pihak anggota polis. Jadi lain-lain kakitangan awam yg lain sekadar menunggu bulan jatuh ke riba. Ada baiknya Guru, bomba dan Kakitangan awam yg bekerja semua dinaikkan gaji ke tahap yg lebih baik setimpal dgn perkhidmatan yg diberikan sehingga kini. Mereka semua ini terutamanya golongan staf sokongan atau pekerja am lebih gusar memikirkan kos hidup yg meningkat saban tahun atau setiap tahun. Mana simpati kerajaan BN terhadap rakyat bawahan??? Kalau memangnya DO, pegawai pangkat tinggi dan mereka-mereka yg bergaji lebih RM2500 sebulan saya kira agak mampu dlm menempuhi desakan keprluan dan kehendak seharian mereka. Kenaikan 30-40 peratus gaji oleh kakitangan awam yg lalu dinikmati semua, Namun, yg paling seronok mendengar dan menikmati gaji, elaun dan kenaikan emolumen semestinya polis dan diikuti tentera. Pelbagai jenis elaun diwujudkan untuk polis dan tentera.

Saya sekadar berpendapat dan isunya bukan cemburu atau tidak suka polis. Isunya adalah polis di Malaysia kurang berkesan disebabkan pelbagai perkara lain. Antaranya campur tangan politik menyebabkan kurang efektif dlm menyelesaikan jenayah profil tinggi dan memerlukan penyiasatan terperinci. Contohnya kes Anwar Ibrahim 10 thn lepas, kes Altantuya, kes-kes rasuah profil tinggi(yg sekadar menyedapkan bahan berita Utusan Malaysia untuk tempoh seketika), kes liwat yg terbaru ke atas Anwar Ibrahim, kes-kes yg melibatkan pembangkang(Polis bertindak gn cepat an pantas) dan pelbagai lagi yang memangnya bannyak. Selain rasuah yg memang ada. Terutamanya dlm pembanterasan dan menghapuskan indon-indon, bangla-bangla, cina-cina dari tanah besar China, awang-awang hitam afrika dan warga asing lain yang masuk secara haram atau tingal melebihi tempoh sah visa. Disamping itu, polis Malaysia masih ditakuk lama dlm modus operandi dan taktik menyiasat. Kelemahan begitu ketara dlm kes Sharlinie, Nurin Jazlin dan bermacam-macam lagi kes kehilangan kanak-kanak di Malysia. Sehinggakan dlm kes Nurin Jazlin yg dibunuh kejam melalui CCTV pn polis Malaysia gagal menilik kelibat lelaki jahanam. Malah minta bantuan dr FBI Amerika. Kalau anwar Ibrahim minta bantuan FBI Amerika dah tentu-tentunya dikatakan proksi amerika atau tali barut Yahudi dan cuba menjual rahsia negara.

Untuk akhirnya, saya menyeru semua anggota polis diluar sana supaya bekerjalah dgn ikhlas dan istiqamah kerana Allah Taala. Jgn sekali-kali ambil rasuah, bertindaklah dgn penuh adil tanpa memihak kpd mana-mana pihak menjurus kpd hukum atau akta undang-undang yg benar dan betul dan sentiasa mengutamakan kepentingan rakyat. Ini disebabkan duit gaji yg dibayar kpd setiap polis adalah dari keringat, titik peluh dan kepayahan rakyat awam. Akhir coretan, kepaa polis-polis seluruh malaysia jadilah dan contohilah kepribadian Rasulullah juga para sahabat-sahabat Nabi dan Polis-polis dizaman Rasullulah dan keagungan Empayar-empayar agung Islam.

Tak lupa untuk saya mengingatkan polis-polis agar sentiasa menjaga solat 5 waktu sehari semalam walaupun bertugas dlm keadaan penuh siap siaga dan profil tinggi supaya menjadi muslim yg baik sebagai pendinding diri mencegah dari melakukan kemungkaran dan maksiat oleh diri kita.

Saya ucapkan selamat menjalankan tugas dan selamat berpuasa kepada polis yg beragama Islam seluruh Malaysia.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template