Wednesday, September 10, 2008

Rakyat makan sampah sekalipun apa peduli


Sayur pucuk paku ada lah dua tiga urat, kuah kering harga tiga ringgit di pasar Ramadan. Ah, ini masalah rakyat bukan masalah besar bagi pemimpin Barisan Nasional. Ketupat sebiji 50sen? Ah, ini bukan masalah bagi pemimpin korup Barisan Nasional, habis-habis cara pun pemimpin hadhari mengarah rakyat tak usah lah beli dan makan ketupat, selesailah masalah seperti mana pemimpin sleeping beauty kita mengarah rakyat miskin mengkedarah ubi kayu sebagai alternatif menggantikan harga beras yang melambung tinggi ketika dulu. Ialah, tak kan lah pemimpin suka cakap bohong ini menyuruh rakyat yang kaya raya seperti mereka makan ubi kayu, mana mungkin begitu lain lah macam kita ini yang merempat keparat di bumi sendiri, dapat makan pucuk paku dua tiga urat pun jadi lah.

Mana nak cari kuih tiga keping seringgit seperti mana budak former TKO duk berforum pasal dah tiada lagi kuih seringgit tiga keeping atau kuih berinti hampas nyior. Tok Sharir selaku menteri yang bertanggungjawab takdenya nak makan kuih seringgit tiga keping mahupun kuih berintikan hampas nyior. Peduli apa, ini semua bukan masalah pak-pak menteri macam Tok Sharir ni.

Pak-pak menteri ni banyak lagi nak fikir hal lain selain sayur pucuk paku seurat dua tiga ringgit atau tiada lagi kuih tiga keping seringgit mahupun kuih berintikan hampas nyior. Pak-pak menteri ini tak ambil hirau dah. Mereka runsing duk mencongak hari16 september ini yang kemungkinanya berakhir lah zaman sayur pucuk paku seurat dua tiga ringit atau bermulanya zaman kuih seringgit lima keeping. Ah, pak-pak menteri tidak mahu itu semua. Meraka tidak mahu sayur pucuk paku sebakul seringgit mahupun kuih seringgit lima keping. Erti kata, pak-pak menteri ini mahu zaman kegemilangan mereka semasa era harga minyak naik, tepung naik, rakyat disuruh pelahap ubi kayu, projek mega sana sini, rakyat melarat kena sepak masuk ISA atau sayang menyayangi antara kroni. Mereka akan merindui semua ini, mereka tidak mahu 16 september.

Mereka di Sabah beramai-ramai bercuti sambil belajar diluar negara meninggalkan rakyat yang ketika ini pelahap makan sayur pucuk paku dua tiga urat tiga ringgit. Wah enak berbuka puasa diperantauan. Iya, ini bukan kehendak mereka, mungkin diantara mereka mula mahu merasa kuih tiga keping seringgit atau kuih berintikan hampas kelapa. Ini semua angkara PM Dolah. Mustahil PM Dolah tidak keluarkan wang untuk MP Sabah keluar negara dengan keadaan genting ketika ini. 16 september lebih penting, PM Dollah tidak akan peduli walaupun rakyat makan sampah sekali pun.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template