Tuesday, September 9, 2008

Jangan lupa bangsa sendiri

OLEH KERETABURUK




Saya sedar dan saya faham apa yang di sampaikan oleh penulis akhbar Siasah saudara Mohd Arif Atan. Pemimpin melayu kini ramai yang bijak dan berkaliber terutamanya pemimpin dalam Pakatan Rakyat sepatutnya lebih sedar daripada saya, saudara Mohd Arif Atan dan juga rakyat di luar sana. Saya bukan racist, saudara Mohd Arif Atan dari segi penulisan beliau yang saya mengerti dan sedikit agak-agak pun bukan racist pada pengamatan saya. Dalam islam tidak membezakan bangsa dan warna kulit.

Saya setuju dengan saudara Mohd Arif Atan, kenapa hak dan kepentingan orang melayu yang merangkumi 67% peratus penduduk di Malaysia ini diabaikan? Hak dan kepentingan orang cina dan orang India, itu hak dan kepentingan meraka jangan kita kacau. Sekarang buka mata luas-luas dasar dan tindakan pemimpin melayu di dalam kerajaan negeri. Kerajaan negeri dibawah pemerintahan Pakatan Rakyat? Ya, kecemerlangan dan krebiliti pemimpin Pakatan Rakyat tak perlu dipertikaikan, dalam 100 hari kepimpinan kerajaan Pakatan Rakyat pelbagai perubahan yang telah dilakukan bagi memajukan negeri dan kesenangan rakyat jelata. Tetapi kenapa perlu lebihkan sudu daripada kuah?

Buka mata luas-luas, lihat di Perak dalam masa lima bulan dibawah pemerintahan Pakatan Rakyat. Seperti apa yang dikatakan oleh saudara Mohd Arif Atan, atas kefahaman islam yang tidak membezakan warna kulit maka kerajaan Pakatan Rakyat negeri Perak telah bermurah hati mendermakan tanah kepada orang cina selama 999 tahun kepada penduduk kampong baru cina dan juga bermurah hati memberi tanah seluas 400 hektar kepada sekolah persendirian cina. Kenapa tidaknya tanah-tanah yang berharga ini dijadikan sekolah kebangsaan dimana bukan sahaja kaum cina yang mendapat manfaatnya malah kaum India dan melayu juga dapat merasai nikmatnya. Ya, kerajaan negeri Kelantan sebelum ini juga telah memberi tanah 3000 hektar untuk sekolah cina. Tetapi jangan dibandingkan kerajaan negeri Perak dengan negeri Kelantan. Di sana hak dan kepentingan melayu dijaga. Kerajaan negeri Kelantan yang dibangun bersama islam sudah lebih 18 tahun pemerintahannya bukan lima bulan.

Di Kedah pula berkenaan Pesta Kebudayaan Cina Malaysia di mana kerajaan Kedah telah meluluskan sebanyak RM 250k. Betul apa yang dikatakan oleh saudara Mohd Arif Atan, mengapa Pesta Kebudayaan Kebangsaan Malaysia tidak dianjurkan jika benar mahu mewujudkan perpaduan kaum. Betul lagi apa yang dikatakan oleh saudara Mohd Arif Atan, jika Pesta Kebudayaan Melayu Malaysia diwujudkan kemungkinan besar tidak akan diluluskan kerana kemungkinan alasannya tidak islamik dan bersifat perkauman.

Pakatan Rakyat khususnya parti PAS perlu mengukuhkan kepentingan dan hak orang melayu. Belajar dari kesilapan UMNO 51 tahun lalu yang nyata telah gagal mengukuhkan hak dan kepentingan orang melayu. Jaga lah susah senang orang melayu. Jangan letakkan bangsa melayu kelas kedua. Kagum melihat orang cina walaupun mereka berbeza idealogi/parti tetapi dalam hal tertentu mereka utuh dan bersatu.Hak dan sama rata untuk semua kaum tetapi melalui pendekatan yang berbeza.

3 comments:

Anonymous said...

Apa masalahnya mendukung kemelayuan di negara ini. Negara ini negara Melayu tetapi sedia berkongsi hidup dengan kaum-kaum lain.Masalahnya kita masih keliru tentang hak dan status (martabat). Ini Malaysia negara Melayu, bertamadun Melayu. Apa hak 'orang luar' nak persoalkannya, dah diberi hak kerakyatan pun sudah cukup baik. Dari sudut pandang kenegaraan, Melayu adalah bangsa manakala Cina atau India hanya bertaraf kaum. Sebab itu kebangsaan di negara ini berasaskan Melayu. Kebangsaan Cina di negara China, kebangsaan India didukung di negara India.

semutar said...

Jangan nanti kerana perpaduan kita hilang tuan. Jangan kerana majmuk nanti kita berkecamuk. Jangan nanti kerana hak asasi, liberalisasi dan toleransi kita hilang gigi tinggal gusi.

Jangan kerana nak maju kita terlupa akan kain dan baju. Jangan nanti kerana muhibah hingga bangsa kita menjadi rebah.

Jangan nanti kerana menang-menang anak cucu nanti air mata berlinang.

Anonymous said...

Orang Melayu mesti ambil ketetapan. Kalau lawan kita tidak berganjak, mengapa pula kita perlu berganjak. Jangan dikatakan nanti 'lebih kayuh daripada lajak'. Lebih sudu daripada kuah, lebih cakap daripada buat.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template