Wednesday, September 10, 2008

J A W I apa bidang kuasanya yg sebenar?




OLEH : Tempe Goreng


Pertubuhan Kebajikan Darul Islah Selangor atau PERKID merupakan sebuah badan bukan kerajaan dan bebas yg berkaitan kebajikan dan dakwah Islam. Tujuan ditubuhkan badan ini adalah bagi menyokong Jabatan Agama peringkat negeri dan sebagainya lagi. Apakah patut JAWI sbg agensi kerajaan negeri berkaitan agama melarang aktiviti yang dilakukan PERKID bersama PEKIDA membantu dalam hal berkaitan agama, kerohanian, kaunseling agama dan sbgnya lg. Anda seorang Islam yang baik jika membantu saudara seagama anda yg lain dlm membetulkan kefahaman terhadap Islam mahupun gejala akhlak muda-mudi yang bobrok.


Para pembaca sekalian, Adakah JAWI tidak serius dlm menangani isu dan permasalahan hinanya akhlak dan aqidah umat islam masakini????
Saya begitu tercabar dan kecewa teramat sangat dengan tindakan JAWI yg tidak menyokong NGO seperti PERKID membantu dlm mencegah maksiat dan munkar juga. Adakah operasi Masih ada yg sayang pun dianggap tidak baik?? Saya betul2 tak faham. Harap Pengarah JAWI yg begitu besar beban dipikul berkaitan agama dan aqidah umat islam di Kuala Lumpur memberi penjelasan.Saya tidak tahulah kalau ini pn dikaitkan dgn politik sampah dan kotor dipihak berkaitan.Saya juga tidak tahu jika jika ada anak-anak dikalangan pegawai JAWI atau parti politik yang mungkin terlibat dlm detik malam ambang kemerdekaan tersebut. Persoalan aqidah sebenarnya menuntut tindakan yg cukup berat kerana kehidupan sekarang lebih mementinkan keseronokan, hiburan dan hedonisme atau sukakan perkara-perkara duniawi semata-mata.Jadi jika muda-mudi kita terlena dan hanyut dengan hiburan maka sudah tentunya hal benteng agama aqidah mereka yg seperti nipis kulit bawang hanyut menurut hawa nafsu dan akal mereka sahaja.Maka adalah wajar Datuk Harussani Zakaria, Bekas Mufti Perak / Penasihat Agama Istana Perak dulu pun dengan rasa bimbang mengatakan bilangan umat islam yg ingin memohon murtad secara rasmi atau sah adalah lebih kurang 200,000 org. Adakah itu bilangan yg tidak membimbangkan?? Bagaimana mereka bilangan umat islam yg murtad dan gemarkan kehidupan hedonisme dgn mengamalkan budaya barat terang-terangan? tentu lagi ramai bilangannya. Mereka yg bekerja di jbtn Agama tidak buat perkara yg sepatutnyakah mencegah ramainya org yg murtad, ingin murtad dan memohon murtad sekarang?? Sedangkan dizaman Nabi Muhammad golongan yg murtad diperangi habis-habisan dlm perang Riddah. Dlm zaman pemerintahan Umno ia masih dianggap tidak apa, tidak membimbangkan dan sebagainya lagi. Apakah ini semua percaturan?? Ingatlah pemimpin di atas sana se

Menteri di jabatan Perdana Menteri Datuk Zahid Hamidi perlu mengatasi ini dgn ikhlas berkaitan aqidah Umat Islam. Ditambah lagi pada waktunya berlangsung konsert di KLCC bersempena Detik Kemerdekaan Malaysia keesokkannya adalah bermulanya Puasa. Malam itu sudah semestinya diadakan Solat terawih. Muda-mudi yg berpeleseran mlm itu dah tentu terkinja-kinja, bersendat-sendat pakaian yg tak tutup aurat, bersantai dlm erti kata lain membuang masa dan kemungkinan berlakunya pesta zina serta minum arak tanpa segan silu.

Ingatlah waima JAWI, Pengarah JAWI, menteri di JPM berkaitan dgn hal agama pasti akan mendapat balasan yg setimpal kerana menghalang tugas sipendakwah dan pencegah mungkar dan maksiat yg bertujuan baik dan penting utk perbaiki aqidah muda-mudi kita masakini. Ingatlah dan hayatilah makna dalam surah al-ikhlas. Amat jelas sesiapa yang berpesan-pesan dlm jalan kebaikan ia bukan org yg rugi malah org yg menghalangnya pula Allah menjanjikan seksaan mahupun azab seksa yg setimpal.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template