Friday, September 5, 2008

harga minyak : pro dan kontra







OLEH : Tempe Goreng

Apabila memanda menteri disapa dengan soalan berkaitan minyak pasti jawapannya agak dayus sekali. Seperti yang sedia maklum rakyat bawahan semua menganggap Pak lah adalah PM yang terlemah dari kalangan PM sejak merdeka. Hasil dari gaya dan style Mr clean nya jugalah menyebabkan menantu kesayangannya mendapat tempat bukan sahaja dalam badan berkaitan sukan FAM malah dalam politik mewakili Parlimen Rembau. Itu belum lagi cakap-cakap mengatakan Khairi bertindak seperti kabel atau orang besar di JPM.
Berbalik kepada cakap-cakap mengenai minyak Mr Clean kita ini ternyatalah tidak bersih dan telus termasuklah dalam soal menangani rasuah yang diwar-warkan ketika memegang tampuk sebagai ketua kerajaan dahulu. Ibarat kata Indah khabar dari rupa sahaja cakapnya. Cakap berapi tetapi habuk taklah hebat sangat. Dalam isu minyak misalnya mengapa boleh dinaikkan sehingga 78 sen untuk petrol manakala 80 sen untuk diesel. Cukup menyeksakan bagi rakyat bawahan dan golongan rakyat yang mengguna minyak sebagai sumber mencari rezeki mereka. Lagi-lagi kenaikan itu dilakukan dan diumumkan dengan sangat populis dan bongkaknya menyatakan tidak boleh bertahan dan terpaksa naik katanya. Kenaikan dijanji pada ogos tetapi dinaik lebih awal dari jangkaan yang dikatakan. Siapa yang tak marah dan meluap kan.
baru-baru ini sahaja harga minyak konon diselaraskan dan diturunkan sebanyak 15 sen. Akan datang pula dikatakan bakal diturunkan lagi sebanyak 15 sen. Seperti mainan mengutip royalti dan untung yang kita tak tahu. Sebab Permainan ini adalah permainan bisnes dan politik kotor mengaut keuntungan menafikan hak rakyat tak kira melayu, cina, india mahupun sabah sarawak dan juga tak lupa rakyat import dari indonesia jadi pengundi hantu untuk undi BN (saya tahu).
Apa natijahnya? kita tepuk dada tanyalah fikiran dan iman kita juga. Kita bukan mahu menjahanamkan manusia. Sebab manusia dari Umno dan BN juga manusia seperti manusia dari PAS, PKR dan DAP atau pakatan rakyat. Cuma bezanya cara dan kaedahnya sahaja yang tidak sama dan beda. Isu minyak jika diteliti betul-betul saya kira pak lah perlu tegas. kalau ya kata ya kalau tidak katakan tidak. Adakah rakyat marhean bawahan sekalian di bawah terjaga dan mendapat faedah hasil undi kepada BN. Ini bukan kempen politik untuk parti politik tetapi kita perlu akui kita ketandusan pemimpin kredibiliti.
Jadi BN perlulah ditukar dengan pakatan rakyat supaya samaada PAS, PKR atau DAP memerintah dan menjalankan pula gaya dan kaedah menurunkan harga minyak dengan beda dan lebih baik. Tanpa rasuah dan nepotisme sana sini. Ok.
sekadar memikirkan masa depan kita bersama.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template