Tuesday, September 23, 2008

Barang kawalan dikawal?

Oleh Tempe Goreng

Istilah kawal itu merujuk kepada sesuatu yang dimonitor, dipantau, dimanipulasi dan dikuasai. Di sini istilah yang digunakan sudah cukup untuk memberitahukan kepada kita semua ia tidak diperkotak-katik, dipermain-main, tolak-tarik dan sebagainya lagi diantara peruncit, orang tengah dan pengeluar barangan mentah dan terutamanya barangan mentah yang dikatakan barang kawalan ini.

Kerajaan BN yang cukup lama memerintah selama 51 tahun sejak merdeka tidak memahami isu kenaikan harga ini sejak dulu lagi sebenarnya. Ingatlah dan buatlah research yang terperinci setiap kali musim perayaan aidilfitri, setiap kali pengumuman kenaikan gaji kakitangan awam, setiap kali pengumuman pemberian bonus yang ibarat ayam telur sebiji riuh satu kampung maka dari situlah kenaikan harga berlaku tanpa kawalan ke atas barangan kawalan. Apakah barang-barang kawalan itu? Ini termasuk Beras. Beras adalah makanan ruji atau utama rakyat malaysia tetapi permintaan tinggi terhadap barangan ini dimanipulasi oleh penawaran pengeluar atau orang tengah yang terlulu demand. Demand atau jual mahal atau memang sengaja nak menjual dengan harga yang mahal dan menghasilkan untung yang berkali-kali ganda. Selain beras kita ada barang kawalan lain seperti gula, tepung gandum dan ada beberapa lagi barangan. Barangan-barangan ini memang sewajarnya dikategorikan sebagai barang kawalan kerana majoriti besar pembeli adalah dikalangan rakyat yang berpendapatan sederhana dan rendah. Lainlah dikalangan orang-orang kaya atau mereka-mereka yang berpendapatan lebih dari 36 ribu setahun. Dalam aspek ini kita akan mewajarkan kesalahan adalah terletak di atas bahu kementerian perdagangan dalam negeri dan hal ehwal pengguna. Menterinya pula sekarang adalah Datuk Shahrir yang sebelum menjadi sebahagian kabinet malaysia sememang bersemangat memperjuang, menghentam, mempersoal dan berdegar-degar apabila berhujah. Tapi lihat hari ini bermula hari pertama beliau dilantik kelihatan kebanyakan keputusan berat sebelah kepada pengeluar atau orang tengah. Keputusan beliau juga dilihat lebih backing atau mempertahankan keputusan atasan. Datuk Shahrir dibanding dgn seorang lagi menteri UMNO iaitu Datuk Zaid dilihat terlalu jauh beza. Datuk Zaid memang tegas, bercakap pun berbisa, sanggup korbankan jawatannya semasa berhujah mengenai ISA atau tahanan tanpa bicara tempohari kerana kecewa dengan Pak Lah yang tidak setuju dengan usulnya. Yer lah usul dikemukakan mungkin dipihak Pak Lah tak relevan juga walaupun bertujuan penambahbaikan. Datuk Shafie Afdal yang sebelum ini tegas dalam jawatannya juga gagal membendung kenaikan harga setiap kali perayaan selama tempoh BN berkuasa 5 tahun sebelum ini.

5 tahun selepas ini kita akan melihat dari tahun pertama BN memerintah kerajaan persekutuan. Impak yang besar sudah ditunjukkan oleh pengundi-pengundi rakyak malaysia seluruhnya bahawa BN semakin tidak relevan, tidak cukup kuat dan tegas dalam mengawal kenaikan harga barangan kawalan dalam soal ekonomi, tidak cukup adil, dasar pemerintahannya yang masih lagi pecah dan perintah, amalkan kronisme dan nepotisme dalam pembahagian tender atau kontrak projek dan BN sebenarnya lebih gemarkan untung dan rugi berniaga dari pertahankan kepentingan rakyat. Tahun pertama memerintah harga minyak dinaikkan ke paras yang tidak boleh diterima akal. Seterusnya kesan berantai, kesan kenaikan harga minyak terhadap para penyedia perkhidmatan, harga-harga setiap perkara meningkat dan semakin meninggi hari ke hari. Tahun kedua tahun depan memperlihatkan percaturan peralihan kuasa yang kita masih tidak tahu apa akan berlaku nanti. Nantikan sahajalah.

Bolehkah kita bandingkan kerajaan persekutuan BN dengan kerajaan negeri-kerajaan negeri PR? Hanya mereka yang tak sekolah sahaja kalau bercakap BN lebih hebat dari PR. PR baru diberi peluang memerintah kerajaan negeri. Lingkupnya terhad kepada pentadbiran negeri sahaja. Berbanding BN lingkup pentadbirannya masih luas ke atas kuasa persekutuan dan negeri-negeri di bawahnya termasuk negeri-negeri di bawah PR.

Soal barang kawalan pun BN masih tidak dapat rungkaikan dengan sewajarnya dan sebaiknya untuk kebajikan dan kepentingan rakyat. Hari ini kita melalui kepritan hidup sehari-hari dimana harga minyak yang dinaikkan mendadak 78 sen untuk petrol dan 80 sen untuk diesel. Kejutan ini ibarat memusnahkan kesusahan rakyat yang susah sebelum ini dalam meneruskan hari demi hari. Hasilnya berlakunya kesan berantai ke atas semua barangan termasuk barangan kawalan naik mendadak dalam sejarah barangan ini. Dari satu sudut lain kita pasti wajar melihat pendekatan cara kerja Pak Lah dengan Mahathir Mohammad. Pak Lah tidak bagus mengurus ekonomi meski pengetahuan agamanya agak baik meski isterinya tidak mencerminkan tahap pengetahuan agamanya yang baik itu. Mahathir bagus dalam uruskan ekonomi tetapi pengetahuan agamanya tidak meluas dan memerlukan seorang panasihat agama. Lantas adanya Dr Abdul Hamid Othman.

Pak Lah juga baru-baru ini mengejutkan pemerhati politik dalam dan luar negara dengan pertukaran kementerian dengan TPM Najib Tun Razak. Dari sudut yang agak sinis dan sindir kita lihat pak Lah setuju dan akur tidak tahu urus ekonomi dengan begitu baik. Lantas pertukaran mewajarkan ketidaktahuan beliau itu. Pelbagai pemerhati dan ramai penganalisis ekonomi mahupun politik menjelaskan di bawah legasi Pak Lah ekonomi Malaysia diuruskan secara tidak betul, daya saing negara menurun, membazir, tidak mesra rakyat, pincang sana sini selain masih lagi ampuh budaya rasuah dikalangan pegawai-pegawai kerajaan. Jika dibanding dengan Vietnam sekalipun Malaysia sekarang agak jauh ketinggalan. Lihat pada aras jangkaan pertumbuhan ekonomi. Oleh sebab itu, jika terdapat suara-suara yang mahukan Pak Lah undur segera sememangnya ia adalah kemahuan peringkat rakyat bukan kemahuan atau keputusan UMNO peringkat Bahagian.

Berbalik pada soal barang kawalan, saya kira untungnya ke atas para orang tengah dan pendominasi gergasi yang lebih untung. Siapa pendominasi atau gergasi yang mengawal yang mana ia lebih kuat mengawal berbanding kementerian perdagangan dalam negeri dan hal ehwal pengguna Malaysia sekarang? siapa lagi kalau bukan BERNAS, persatuan penternak ayam, persatuan pengeluar, persatuan yang berkaitan pengeluaran barangan terlibat. Mereka ini lebih dominasi dalam erti kata lebih dominan dan berkuara membuat keputusan. Kerajaan BN waktu ini hanya angguk saja kepala yanda setuju rundingan menaikkan harga oleh persatuan-persatuan pengeluar ini. Padahal setiap barangan yang dijual di Malaysia setakat ini tidak pernah penawaran melebihi permintaan atau dalam hukum ekonominya berlakunya inflasi yang teruk. Tetapi jika penawaran dikurangkan pasti permainan harga dimainkan dengan terancang oleh pendominasi-pendominasi ini.

Nilai wang rakyat malaysia semakin mengecil dimana bergaji 1500 sehingga 2500 sebulan belum tentu menjanjikan ketenangan perbelanjaan harian mahupun bulanan. Nak beli beras harga pun sudah naik. Nak beli petrol pun sudah berkira-berkira mahu bertukar kepada motorsikal supaya mengurangkan perbelanjaan. Bagaimana mereka yang bergaji kurang dari 1500 sebulan. Mampukah mereka menyusuri hari-hari dengan cukup. Adakah pemimpin atas iaitu BN berfikir rakyat ini umpama anak-anak sendiri bukan kera di hutan yang patut disusukan. Patutkah kepentingan rakyat hanya difikirkan sekali sahaja iaitu hanya pada waktu pencalonan calon dan pilihanraya diadakan setiap lima tahun sekali. Atau juga sewaktu ditahun akhir pada setiap lima tahun memerintah dan akan diadakan pilihanraya umum.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template