Wednesday, August 6, 2008

Fikirkan masalah rakyat dulu!

OLEH KERETABURUK


Bulan ramadan tinggal beberapa minggu lagi, bulan yang penuh rahmat tapi kita sebagai pengguna perlu membuat persiapan yang lebih rapi kemungkinan masalah yang bakal menimpa iaitu kenaikan harga barang dan maslah pengangkutan awam mungkin luar biasa berbanding dengan tahun sebelumnya disebabkan faktor kenaikan harga bahan api dan faktor kelemahan kepimpinan kerajaan sekarang.

Kini, di mana langkah-langkah awal kerajaan untuk mengatasi masalah kenaikan harga barang yang kebiasaannya naik pada bulan ramadan. Kerajaan Dollah bukan sahaja akan gagal mengatasi masalah kenaikan harga barang pada bulan ramadan nanti malah masalah kekurangan bekalan seperti ayam yang sering berkurangan pada bulan ramadan bakal menyembelih rakyat. Tapi kelihatannya kerajaan pemerintah sekarang seperti UMNO, MCA sibuk benar bertelagah dengan pemilihan jawatan ketua cawangan, pemilihan ketua bahagian, hei fikirkan masalah rakyat dulu!

kekurangan bekalan ayam akan memaksa peniaga menaikkan harga ayam, kita akan lihat pada bulan ramadan nanti siapa yang kena, mesti lah rakyat yang kena sembelih dengan harga yang tidak masuk akal. Pemimpin UMNO mustahil akan susah dengan kenaikkan harga barang september nanti malah mereka tersangat mampu menyantap santapan berbuka puasa dengan lauk pauk yang sedap-sedap. Rakyat? dengar sini wahai AJK surau atau masjid, sediakan bubur lambuk lebih sedikit pada ramadan kali ini, permintaan bubur lambuk akan meningkat seiring dengan kenaikan harga minyak. Pasar ramadan? rakyat tiada wang untuk membeli kuih muih.

Tiada bas tambahan disediakan? ini satu lagi bala pada rakyat bila syawal menjelang. Kenaikan harga bahan api menyebabkan kemunkinan rakyat lebih berminat pulang ke kampung menaiki bas bagi menjimatkan kos dan secara automatiknya pengguna pengangkutan awam menjelang raya nanti mesti lah bertambah berbanding pada tahun sebelumnya. Kita akan tunggu kata-kata ajaib oleh PM Dollah nanti bagi menyelesaikan bala yang ditimpa rakyat.

Ah,.. itu semua tidak penting bagi BN, yang penting ialah calon sebagai ketua cawangan, ketua bahagian, naib presiden, presiden yang perlu diutamakan..

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template