Thursday, August 14, 2008

Pakatan Rakyat beri suntikan modal

OLEH KERETABURUK


Beberapa hari ini, media penyebar dakyah Parti Cap Ayam (UMNO/BN) begitu rancak mengupas kenyataan MB Selangor berkenaan kuota bilangan bukan bumiputera di UiTM. Media pro Parti Cap Ayam tidak mungkin melepaskan peluang keemasan ini berkokok menyerang dan membantah cadangan yang dikemukakan oleh MB Khalid Ibrahim. Mana boleh Parti Cap Ayam melepaskan peluang begini rupa, ini isu besar dan sensitive, ia berkaitan dengan kaum melayu.

Berkokok besar para pemimpin PCA menjelang pilihan raya kecil P 44. Isu ini akan jadi satu wadah atau modal perjuangan Parti Cap Ayam semasa berkempen di P 44 nanti. Sekarang lihatlah media cap ayam melabelkan MB Khalid Ibrahim boneka DAP pula. Kasihan juga, sekurang-kurangnya Parti Cap Ayam yang kini sudah blur ada lah sedikit suntikan modal untuk berkokok semasa berkempen bagi meraih undi selain buat kerja tak siap menabur fitnah ke atas Anwar Ibrahim. Berkokok besar Parti Cap Ayam lepas ni.

Menjelang pilihan raya kecil yang sangat penting di P 44 ini, para pemimpin Pakatan Rakyat seharusnya perlu berhati-hati dengan tindak tanduk masing-masing bagi mengelak diri daripada dimodalkan oleh Parti Cap Ayam tersebut sebagai modal berkempen di P44 nanti. Perlu di ingat, pengundi di atas pagar akan menerima kesannya. Pakatan Rakyat seharusnya ‘clear’ sehingga berakhirnya pilihan raya kecil. Kasihanilah Anwar. Saat ini DSAI memikul bebanan yang begitu besar dan jutaan rakyat menaruh harapan yang tinggi mahukan sebuah negara Malaysia baru yang merdeka bebas dari cengkaman Parti Cap Ayam. Cadangan MB Khalid Ibrahim mengenai bilangan kuota bukan bumiputera di UiTm perlu juga dilihat dari pandangan yang positif. Di sini MB Khalid Ibrahim mahu UiTM bersikap global dalam menentukan siswazahnya lebih mesra dengan masyarakat berbilang kaum dan bangsa.

Mungkin MB khalid Ibrahim mahu jadikan UiTM sebagai universiti perpaduan atau universiti muhibah. Usaha MB Khalid Ibrahim itu murni tapi kurang selesa bagi sesetengah pihak khususnya orang melayu tepu amnya. Tun Mahathir tak perlu lah jadi ayam pencen berkokok mengenai isu ini, kemaskan beg dan tentukan destinasi impian kamu. Merana kalau ayam pencen dikurung di dalam reban.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template