Tuesday, August 19, 2008

Memang tak masuk akal

OLEH KERETABURUK


“Tidak masuk akal untuk mengatakan akta ini diwujudkan kerana kes tersebut,” katanya Syed Hamid -utusan

BN tidak akan melepaskan Anwar Ibrahim hidup-hidup. Ini berkaitan periuk nasi mereka. Apabila akta DNA berjaya diwujudkan, Anwar Ibrahim tidak akan terlepas. Anwar liwat! Akta DNA ini akan dikenakan keatas individu yang enggan memberi, membenarkan, menghalang mengambil sampel DNA. Hukuman akan dikenakan keatas individu tersebut jika tidak beri berkerjasama. Terang-terang akta DNA ini secara objektifnya diwujudkan untuk kes liwat Anwar Ibrahim.


Ini akta zalim, untuk penjarakan seseorang tiada lagi halangan dan masalah. Kerja polis akan lebih mudah untuk menyelesaikan sesuatu kes. Jikalau bulu hidung anda terpalit di badan lembu, kemudian disiasat, secara sah anda telah meliwat lembu. Suka sama suka atau tanpa kerelaan? boleh cerita kemudian di mahkamah atau boleh guna bahasa/istilah yang mudah yang telah diguna pakai oleh Pak Lah iaitu merogol. Orang di luar sana juga tidak berakal jika tidak menyedari akta ini adalah diwujudkan khusus untuk mengesahkan Anwar adalah peliwat yang sah.
Kerja-kerja kezaliman lebih mudah dilaksanakan bukan sahaja kezaliman keatas pemimpin umum Parti Keadilan Anwar Ibrahim malah pemimpin lain yang cukup dibenci oleh UMNO bagi menjamin kekuasaan mereka. Kerjanya mudah, calit sahaja DNA yang dituduh tersebut pada tilam, bantal, baju malah di mangkuk jamban sekali pun, ini kerja mudah untuk menang kes. Kata pemimpin kejam PM Dollah " Ia (Akta DNA) baik untuk kita dan masa depan. Ia bukan diperkenalkan hanya untuk kes Datuk Seri Anwar Ibrahim " - Utusan online. Ya memang betul, akta ini diwujudkan untuk menjamin masa depan UMNO/BN. Mungkin juga nanti kita akan lihat Akta DNA ini wujud untuk digunakan dalam dakwaan liwat Anwar, lepas itu sepi. Untuk masa depan seperti diperkatakan Dollah mungkin tiada lagi. Adapun nanti, akta tersebut digunakan bagi menjamin masa depan anak beranak UMNO/BN. Akta yang wujud bukan untuk menjaga kesejahteraan rakyat tetapi kesejahteraan UMNO/BN sahaja. Kes Norita kita jangan lupa, berdozen air mani persalah pada badan mangsa pun boleh terlepas dari hukuman, memang tak masuk akal.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template