Wednesday, July 23, 2008

Kualiti kereta? tanya Ahmad Said

OLEH KERETABURUK


Kos menyenggara Proton Perdana V6 Executive yang dibayar oleh kerajaan Terengganu pernah mencecah RM175,229.97 dan RM132,357.76 sebuah untuk tempoh empat tahun. Sungguh lumayan bengkel kereta yang dapat tender untuk menyenggara kereta kerajaan negeri. Apa punya cikai proton perdana V6 perlu diselenggara sedemikian rupa dengan menelan kos lebih rm 100k. Pihak proton perlu tampil ke depan untuk menjawab kenapa begitu cikai proton perdana V6.

Adakah begitu mahal alat ganti atau penyenggaraan kereta proton perdana V6? pihak proton perlu jawab. Kenapa kerejaan negeri terengganu sahaja menghadapi masalah dengan kereta perdana V6 dengan kos penyenggaraan begitu rupa? Rakyat pun beli perdana V6 ini, tiada pun penyenggaraan kereta sebegitu besar. Kerajaan negeri terengganu tukar enjin perdana baru setiap setahun sekali kah?

Utusan Malaysia -Pekeliling itu mensyaratkan penggunaan kenderaan rasmi hanya terdiri kenderaan buatan tempatan atau dipasang dalam negara (CKD). Kenyataan itu menyebut, penggunaan Mercedes E200 Kompressor memenuhi syarat berkenaan kerana model CKD itu dipasang di kilang di Pekan, Pahang. Pandai sungguh tok said kita nak bolos dari masalah ini. Pemimpin pun tidak mempercayai keupayaan kereta tempatan, bagaimana hendak memberi contoh yang baik kepada rakyat supaya guna barangan buatan malaysia. Proton sudah berusia lebih 20 tahun, timbul pula kereta elektrik proton. Berkualitikah kereta setahun jagung ini. Tok said perlu jawab, dia tahu sebelok beloknya tentang kereta. Datuk Ahmad Said yang menjadikan kualiti kereta keluaran Proton sebagai alasan pembelian tersebut. Pemimpin kencing berdiri, rakyat kencing berlari.

Masih ada rakyat terengganu yang hidup susah dan melarat. Sepatutnya Kerajaan negeri memberi keutamaan membantu rakyat yang susah dengan wang RM 3juta tersebut. Bukan untuk sedapkan punggung duduk diatas kusyen empuk mercedes baru sambil makan angin melihat kesusahan rakyat.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template