Wednesday, July 30, 2008

Menjelang Aidilfitri, kabaran pilu untuk rakyat

OLEH KERETABURUK


Tambang bas naik dan ikan pun bakal naik harga. Kabaran pilu untuk rakyat. Bagi rakyat yang terlebih makan tidak lah terasa pilu kesan akibat kenaikan harga petrol tapi yang terasa pilu bagi rakyat yang cukup-cukup makan. Mengenai kenaikan tambang bas ekspres dan juga tambang bas jarak dekat akan dinaikkan oleh pengusaha syarikat bas ekspres disokong pula oleh Noh Omar. Bukankah kita telah mengetahui kisah-kisah sesetengah pengusaha bas telah menaikkan tambang bas seminggu selepas kenaikan harga diesel pada bulan jun yang lalu? Sehinggakan kita dengar ada syarikat bas ekspres mengenakan tambang bas RM90.00 antara KL dan JB. Juga kisah penumpang bas terpaksa turun jika enggan membayar cas tambahan.
Disini bukan untuk menyalahkan pengusaha bas, mereka semua pun cari makan untuk anak bini. Disini kerajaan BN gagal mengatasi masalah rakyat, sepatutnya masalah pengangkutan awam ini sudah selesai dan sepatutnya juga rakyat kini sudah dapat menikmati pengangkutan awam yang memuaskan serta dapat meringankan bebanan rakyat sejak tahun 2006 semasa minyak naik 30sen jika kalau kerajaan BN penuh amanah menggunakan wang yang dikatakan penjimatan hasil pengurangan subsidi iaitu sebanyak RM 4.5 billion. Baru-baru ini kita dengar kabaran hasil penjimatan pengurangan subsidi pada tahun 2006 di mana kerajaan BN hanya membelanjakan RM 800 juta untuk menaikkan taraf system pengangkutan awam. Yang selebihnya hasil dari perjimatan subsidi tersebut kemana pergi? Atau kerana kerajaan mengambil langkah berjimat dalam perbelanjaan. Ingat, bagi Negara yang mengamalkan rasuah dan salah guna kuasa seperti Negara kini, RM 1 juta adalah satu jumlah yang besar. Bagaimana pula penjimatan kerajaan hasil pengurangan subsidi bahan api pada bulan yang lalu? Untuk pembangunan modal insan?sudah jelik mendengar pekik melolong mengenai modal insan ni. Mana janji kerajaan ni, jangan jadikan rakyat pengemis menagih janji kerajaan. Oh lupa pula, dulu bakal-bakal YB pun mengemis meminta undi dan sokongan dari rakyat. Bila dapat memerintah sudah tak ingat dunia. Beli kereta Mercedes pula, naik kereta kancil pun boleh sampai lah. Apa, orang besar nampak hina sangatkah naik kereta kancil.
Rakyat sekarang dah cukup susah dah jerih. Lebih kurang dua bulan lagi kita akan menyambut hari lebaran tetapi hari raya aidilfitri belum cukup mengembirakan lagi kerana nanti akan tiba lebih banyak kisah gembira yang akan dibawa khas oleh kerajaan BN untuk rakyat iaitu harga ayam naik,daging naik, harga tepung naik malah daun ketupat dan juga daun tapai pun mungkin akan naik secara mendadak seiring dengan kenaikan harga petrol sekarang. Bagi mereka yang pulang beraya di kampung dengan menaiki bas perlu beringat lebih awal mengenai tiket bas supaya tidak terjerut dengan tiket bas tambahan yang sememangnya mahal tambangnya. Kemungkinan besar bilangan mereka yang pulang ke kampung dengan menaiki bas akan bertambah disebabkan kesan kenaikan harga petrol dan diesel dan lebih ramai orang akan memilih pengangkutan awam. Oleh itu kena beringat, jangan terlalu gembira untuk menyambut hari lebaran.
Kenaikan tambang bas ini cukup untuk melumpuhkan pendapatan rakyat. PM Dollah memekik melolong menyuruh rakyat ubah cara hidup, salah satunya yang PM Dollah memekik melolong ialah menyarankan rakyat supaya menggunakan pengangkutan awam sebagai langkah penjimatan. Sekarang harga tambang bas akan dinaikkan. Jadi , kemana pula PM Dollah nak konar? Suruh rakyat naik kambing pergi kerja?begini,harga rumput pun bakal naik.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template