Tuesday, July 22, 2008

Kereta elektrik proton

OLEH KERETABURUK


“Kita perlu berfikir di luar kotak. Tentang kereta elektrik ini, kalau kita ambil kira kos dalam tempoh lima tahun, ia jauh lebih murah daripada kereta yang menggunakan petrol,'' katanya dollah.
Najib menambah: “Ini teknologi baru, jika ia boleh dikomersialkan, kereta itu akan dikeluarkan secara besar-besaran.” -utusan melayu

Bukan main bersemangat lagi pemimpin kita mengenai kereta elektrik. Kalau bersemangat begini untuk membantu rakyat kan bagus. Semangat untuk wang poket mereka. Kalau begini reaksi Dollah dan Najib, kerajaan boleh lah menurunkan harga minyak. Kata Si bery bery dalam debat di tv9 yang lalu, beliau mengatakan minyak akan habis menjelang 2015 dan harga minyak perlu dinaikkan. Jadi, sekarang ini muncul kereta elektrik. Bila rakyat menggunakan kereta ini nanti, kuranglah penggunaan petrol nanti. Kerajaan tidak perlu bimbang lagi kehabisan minyak pada tahun 2015. Turunkan harga minyak. “Saya anggap ini satu langkah yang kreatif dan amat menepati kehendak waktu ini supaya kita terus mencari bahan tenaga baru dengan tidak hanya bergantung kepada petrol, diesel dan gas yang harganya melambung tinggi,” ujarnya Dollah.

Menurut Abdullah, Proton telah dipertanggungjawabkan untuk menilai serta membangunkan teknologi Eropah itu dan seterusnya mengkomersialkannya di Malaysia dalam tempoh setahun ini. Najib menambah: “Ini teknologi baru, jika ia boleh dikomersialkan, kereta itu akan dikeluarkan secara besar-besaran.” Bersemangat benar Najib dah Dollah, dengan projek yang besar-besaran ini berapa banyak wang rakyat disonglap, ini yang bersemangat bagi Dollah dan Najib.

Sepatutnya, perjimatan hasil pengurangan subsidi dapat digunakan untuk menaik taraf sistem pengangkutan awam negara. Untuk kesenangan rakyat jelata. Wujudnya projek besar-besaran yang diperkatakan Najib, akan menguntungkan mereka dan kroni mereka.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template