Wednesday, July 16, 2008

Si Bery Bery

OLEH KERETABURUK


Debat yang antara Anwar Ibrahim dengan Shabery Chik melucukankan. Aku maksudkan ialah Si bery ini. Bukan lucu pasal mulut si bery ini berbuih putih, tapi debat tak serupa bikin. Idea dan pandangan si bery ini sungguh merapu. Debat mengenai minyak tapi si bery ni hantam si Anwar pula. Jawapan yang dikemukakan oleh si bery ini jauh tersasar. Soalan yang di kemukakan kepada si bery oleh mod jemputan anwar, kenapa si bery memuntal jawapan takde kena mengena dengan soalan. Merapu sungguh si bery bery ini. Kemana perginya perjimatan 4 billion ringgit pada 2006 ketika minyak naik 30sen. RM 4 billion untuk penstrukturan semula pengangkutan awam sehingga kini tiada perubahan. Manakala penjimatan subsidi yang besar dengan kenaikan 70sen yang lalu digunakan untuk apa?. Si bery bery dengan mulut berbuih jawab Vanuezuala 10sen 15sen bla bla bla...apa kaitan vanuezuela dengan penjimatan berbillion yang lalu? bertambah pula dengan insiden wartawan kena sepak terajang oleh pak jaga DBP, sungguh melucukan. Mana mungkin Berita Harian penipuan rasmi kerajaan mengatakan si bery menang dalam debat. Lagi melucukan.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template