Wednesday, July 9, 2008

OLEH KERETABURUK


Bila saya membaca artikel yb_mn saya angguk dan terus angguk. Saya angguk tanpa geleng-geleng bersetuju bahawa bertapa low class nya guru di negara hadhari ini. Dato Sham big bos di KPM pula asyik sibuk mengasah kerisnya. Mana dia kebajikan guru yang dibawa oleh big bos KPM kita ni. Ada, mana boleh tidak ada, macam-macam sarat sipul dasar yang diperkenalkan. Semua ini diletak atas kepala guru-guru. mana mungkin Sudah lah, big bos KPM ni telah memalukan diri sendiri pada beberapa minggu. Apa itu P&P? jawabnya Dato Sham " pengajaran & pendidikan". Tak usah le sham kau nak cerita lebih jauh lagi pasal PIPP atau falsafah pendidikan negara. Jasa Yb Sham sebagai big boss KPM akan dikenang jika sains dan m3 dikembalikan dalam bahasa ibunda. Saya percaya 5 atau 10tahun nanti ,bekas-bekas murid yang mengalami sakit jiwa kerana dipaksa belajar sains dan m3 dalam bahasa inggeris akan berdendam dan memangkah Pakatan Rakyat dalam PRU mendatang kerana mereka dijadikan bahan ujian/korban oleh UMNO dalam merealisasikan sains dan m3 dalam BI.YB Sham, memegang jawatan dalam UNESCO, sepatutnya sedar dari kerja mengasah keris, sedar bahawa persidangan UNESCO pada tahun 1969 telah menyatakan bahawa guru-guru yang berkerja lebih daripada 74jam seminggu layak dikategorikan golongan kerja yang terbeban. Ini berlaku pada guru-guru yang mengajar di selangor, Johor dan Melaka. Dato Sham, hamburkan lah kebajikan pada guru-guru. Jangan persoalkan pergorbanan guru lah. Itu persepsi lapok. Haa..duit gaji guru untuk sekolah, hias kelas pakai duit gaji, buat abm pakai duit gaji, beli buku rujukan pakai duit gaji, semua kerja guru mesti wajib pow sikit duit gaji. Duit gaji untuk anak dan keluarga sendiri?, pandai-pandailah.. beras dah naik. SELAMAT HARI GURU "

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template