Wednesday, September 19, 2012

Ketua jabatan institut pendidikan guru didakwa rasuah

Bernama - Seorang ketua jabatan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini terhadap pertuduhan menerima rasuah daripada seorang kontraktor berjumlah RM37,069.40, tiga tahun lepas.

Azmi Hassan, 49, yang bertugas di Jabatan Sains, Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Temenggong Ibrahim, di sini didakwa menerima suapan itu menerusi sekeping cek Maybank bernombor 025330 daripada Sulaiman Adom.

Sulaiman mendapat kontrak kerja naik taraf sistem kumbahan di flat pekerja bernilai RM198,927 dan kerja ubah suai serta naik taraf flat pekerja kepada kediaman di kampus berkenaan yang bernilai RM198,999.

Dia yang mempunyai lima anak dan ditangkap pada 7 Ogos lepas itu dituduh melakukan kesalahan berkenaan di alamat bernombor 02-04, Larkin Indah, di sini pada 11 pagi, 24 Ogos 2009.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Hakim Mohd Haldar Abdul Aziz menetapkan jaminan RM5,000 dengan seorang penjamin dan 24 Okt depan untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dilakukan pegawai pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Ridzuan Abd Malik manakala tertuduh diwakili peguam Vijaya Sandran. — Bernama

KLIK UNTUK TABUNG BLOG INI

Friday, September 7, 2012

Ayuh! Kita Hijaukan Jabi Pada 5 dan 6 Oktober 2012!

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita2/lokasi1.jpg
Buletin Online - Himpunan Kebangkitan Rakyat, Pas Ganti Umno (HKR-PGU) telah memasuki siri ke 5 dengan Dun Jabi akan menjadi lokasi seterusnya untuk menerima puluhan ribu pengunjung dan pencinta perjuangan Islam pada awal Oktober ini.

Lokasi ditengah-tengah Pekan Jabi akan menjadi tumpuan dengan program yang akan diisi pelbagai acara menarik, bermula dari pagi Jumaat 5 Oktober lagi merangkumi program pemuda dan muslimat, ekspo dan pameran serta ceramah umum pimpinan-pimpinan utama Pakatan Rakyat.

Acara perasmiannya pula diadakan pada 3.00 petang Sabtu 6 Oktober yang akan dihadiri oleh Dato' Bentara Setia Menteri Besar Kelantan Darul Naim bersama Dato' Seri Tuan Guru Presiden Pas. Pendakwah kesukaan anak-anak muda, Ustaz Azhar Idrus juga akan mengisi satu slot istimewa selepas majlis perasmian tersebut.

Bagi pihak tuan rumah, pimpinan Majlis Tindakan Dun Jabi, untuk awalnya dengan berbesar hati, saya mengalu-alukan kedatangan seluruh tetamu-tetamu berkunjung ke Jabi. 'Tak Muat Masjid Jabi, 4 ekar tapak PGU kami tadahkan'. Dengan tekad untuk menjadikan PGU 5.0 ini yang terbaik antara yang terbaik, penyusunan gerak kerja sedang giat berjalan dan melihat kepada semangat dan kesungguhan yang ditampilkan oleh para petugas, kita berkeyakinan impian ini mampu direalisasikan.

Kesepakatan telah diambil bahawa segala kemudahan dan prasarana yang dimiliki oleh keseluruhan 25 buah cawangan-cawangan Pas di Dun Jabi akan kami manfaatkan untuk kemudahan dan keselesaan para pimpinan, petugas dan seluruh tetamu. Anggaplah kehadiran kita ke sini nanti sebahagian dari tugas dan tanggungjawab jihad demi meninggikan agama Allah.

Dengan izin Allah, kita meletakkan objektif supaya gelombang kebangkitan rakyat yang bergema dari himpunan ini akan menjadi badai yang meranapkan Umno di Dun Jabi khususnya dan Terengganu amnya.

KLIK UNTUK TABUNG BLOG INI

Monday, July 23, 2012

Dah buat kira-kira...Penjawat awam Selangor bakal terima bonus Aidilfitri yahoo!

Sebelah pihak Najib kena bukak buku kira-kira dulu kah kah kah kah kah...untuk warga felda tak sempat nak buat kira-kira kah kah kah...PR Selangor bakal bagi bonus...mana slogan Najib "saya pantang dicabar!" kah kah kah kah

Penjawat awam Selangor bakal terima bonus Aidilfitri
Berikutan pemberian bonus sempena perayaan Aidilfitri bulan hadapan oleh kerajaan Pusat, kerajaan negeri Selangor pimpinan Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim turut dijangka akan memberikan bonus sama kepada penjawat awam di negeri pimpinan kerajaan Pakatan Rakyat tersebut.

“Kakitangan awam kerajaan negeri Selangor juga akan menerima imbuhan Aidilfitri jika Kerajaan Pusat memutuskan pembayaran bonus perayaan bulan depan, kata Khalid hari ini.
Tambah Khalid (gambar) lagi, pentadbirannya akan memastikan kakitangan awam di bawah kepimpinannya akan menerima jumlah sama sepertimana penjawat awam kerajaan Pusat sekiranya mereka memutuskan untuk membayar “bonus” sempena sambutan Aidilfitri kali ini.

“Jika kakitangan Pusat dapat, begitu juga kakitangan awam yang bekerja di peringkat negeri. Kadarnya akan sama sebab ia ada kaitan dengan pencen,” kata ADUN Ijok itu kepada pemberita di sini, hari ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebelum ini telah mengumumkan akan mempertimbangkan pemberian imbuhan sempena sambutan Aidilfitri kepada penjawat awam kerana ia bergantung kepada kemampuan kerajaan.

Najib turut berkata beliau akan melihat “buku kira-kira” kerajaan terlebih dahulu berhubung perkara itu.

“Nantilah kita semak-semak dahulu, belek-belek dahulu, kena tengok-tengok buku kira-kira dahulu... kalau apa-apa pun kita semak dahulu, apa-apa keputusan mesti berdasarkan kepada kemampuan kerajaan,” katanya ketika diminta mengulas tuntutan Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) mengenai pemberian imbuhan itu baru-baru ini.

Pada 16 Julai, Presiden Cuepacs, Datuk Omar Osman berkata pihaknya sedang mencari pendekatan terbaik bagi memastikan 1.4 juta penjawat awam mendapat imbuhan itu dan tidak menyebabkan pihak tertentu mengambil kesempatan seperti menaikkan harga barangan.

KLIK UNTUK TABUNG BLOG INI

Sunday, July 22, 2012

Pilihan raya mengejut dalam bulan September sebelum Hari Malaysia, kata sumber

themalaysianinsider.com - Pentadbiran Najib dijangka mengadakan pilihan raya mengejut pada September sebelum Hari Malaysia, jika rancangan untuk membubarkan parlimen bulan hadapan menjadi kenyataan, kata sumber dalaman dan penganalisis.

The Malaysian Insider difahamkan, penasihat dan pembantu perdana menteri (PM) Datuk Seri Najib Razak telah memberitahu beberapa orang tentang rancangan untuk mengadakan pilihan raya diantara Hari Raya Aidilfitri pada 19 Ogos dan hari pembentangan bajet pada 28 September. Hari Malaysia adalah pada 16 September.

“Pilihan raya mengejut adalah sebelum 16 September supaya memberi masa yang cukup untuk membentangkan bajet 2013 pada 28 September jika BN masih menguasai Putrajaya,” kata sumber kepada The Malaysian Insider.

Akan tetapi beliau juga menambah bahawa Hari Pembentangan Bajet Malaysia secara tradisinya diadakan pada hari Jumaat dan pada akhir bulan Oktoberdipercepatkan oleh kerana Aidilfitri – perayaan selepas Ramadhan berakhir bagi orang Islam. Lebih 60 peratus daripada rakyat Malaysia beragama Islam dan Islam adalah agama rasmi negara ini.

Sumber lain memberitahu, bulan September juga membenarkan orang Islam untuk menunaikan ibadah Haji yang jatuh pada 26 Oktober – isu Haji menjadi perbalahan di kalangan beberapa parti politik yang mengatakan ia akan melucutkan kuota sebanyak 20,000 umat Islam di Malaysia yang berhak untuk mengundi.

“Kami dengar pilihan raya mengejut pada bulan September dan ini dijadikan faktor dalam analisis kami,” kata penganalisis pasaran saham Singapura kepada The Malaysian Insider sambil memberi perhatian kepada perjumpaan antara Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) bersama wakil parti-parti politik minggu lalu.

Najib sangat berhati-hati dalam mengumumkan tarikh pilihan raya walaupun beliau menyatakan keyakinannya memenangi kerajaan pusat dan semua negeri. BN menguasai Putrajaya dan Sembilan negeri manakala pembangkang, Pakatan Rakyat (PR) menguasai Kedah, Kelantan, Pulau Pinang dan Selamgor. Perak yang dimenangi PR kembali ke Bn pada Fabuari 2009 apabila tiga Adun keluar PR menjadikan BN majoriti di negeri tersebut. Di Pekan semalam, Najib berkata BN masih belum selesai senarai calon untuk pilihan raya akan datang.

Akhbar The Star melaporkan najib berkata, “Senarai ini akan muktamad apabila tiba masanya.

“Selain itu adalah spekulasi.” Katanya apabila ditanya tentan kebenaran dakwaan beliau mengugurkan separuh daripada senarai nama yang dihantar.

Laporan tersebut menyatakan terdapat calon yang digugurkan oleh kerana beberapa sebab seperti disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan polis. Ada juga yang digugurkan untuk beri laluan kepada orang muda.

"Kita masih menyemak helaian nama, memeriksa dan menyemak lagi, " kata Presiden Umno itu kepada pemberita.

Walaupun Najib memberikan komen sedemikian, sumber dari BN mengatakan mereka sudahpun mengambil barang-barang kempen seperti t-shirt dan poster dari kilang di beberapa pelabuhan untuk diedarkan ke semua negeri dan bahagian. Sesetengah barang diimpot dari China dan Indonesia.

Ahli strategi BN menggunakan Najib sebagai asas kempen mereka dengan sepanduk, billboard dan bunting memaparkan mukanya digantung dalam bangunan dan jalan-jalan utama di ibu kota dan bahagian-bahagian lain negara ini. Komuter KTMB juga mempunyai mukanya terpampang pada keretapi sementara parti dan gabungan laman web mempunyai foto Najib yang dipamerkan.

“Najib sangat popular.

“Survey terakhir yang dilakukan oleh Merdeka Centre menunjukkan beliau mendapat 65 peratus rating popular dan beliau melangkaui semua demografi,” kata ahli strategi BN kepada The Malaysian Insider.

Ketika BN memanggil pilihan raya pada tahun 2008 PM pada ketika itu adalah Tun Abdullah Badawi, populariti Abdullah adalah sebanyak 71 peratus tetapi BN hilang penguasaan majoriti 2/3 di parlimen dan empat buah negeri.

Najib yang mencari mandat pertama di pilihanraya sejak beberapa bulan ini telah menjelajah satu negara menerusi programnya “Jelajah Janji Ditepati” dan beliau dijangka akan melawat Kelantan dan Terengganu tidak lama lagi. Sama ada secara ironi ataupun kebetulan, Janji Ditepati turut merupakan tema Hari Kebangsaan yang bakal disambut pada Ogos 31 tahun ini.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang turut telah menjangkakan pilihanraya selepas Aidilfitri, katanya BN berkemungkinan akan mengambil peluang kerana ramai pengundi tidak sempat pulang ke daerah mengundi mereka, selepas perayaan besar umat Islam itu. Kebiasaanya, semasa Aidilfitri ramai yang pulang ke kampung halaman untuk bersama keluarga.

“Kami jangka BN akan menggunakan peluang Aidilfitri sebaikmya kerana pengundi akan berfikir serius untuk kembali kepada kampung halaman mereka untuk mengundi hanya selepas mereka pulang dari cuti, "katanya kepada organ pihak Islamis Harakahdaily di Rabat, Maghribi.

Hampir 13 juta pengundi layak untuk membuang undi mereka jika pilihan raya umum dipanggil melibatkan semua 222 kerusi persekutuan dan 505 kerusi di 12 negeri.

Walau bagaimanapun, empat negeri PR memerintah negeri masih belum membuat keputusan - sama ada akan mengadakan pilihan raya pada hari yang sama seperti pilihan raya umum mandat mereka hanya tamat seterusnya April. Sarawak sudah menjalankan pilihan raya negeri tahun lepas.

KLIK UNTUK TABUNG BLOG INI
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template